11 Oktober 2012

Program Gotong-royong Sosial & Lawatan ke Projek Makanan Ringan dan Tradisional



TARIKH: 10 Oktober 2012 (Selasa)
MASA: 9.00 pagi - 12.00 tengahari
TEMPAT: Kediaman Nurul Wafiqah, Jalan Paya Rambut & Projek Makanan Ringan dan Tradisioanal Kg Parit Gantong, Sungai Rambai, Melaka

OBJEKTIF:

  • Mendidik murid-murid menjaga kebersihan dan keselamatan persekitaran rumah
  • Memperkembangkan kemahiran berkomunikasi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila bermasyarakat
  • Mengamalkan tingkahlaku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna
  • Mempelajari tentang cara-cara pembuatan, pembungkusan dan pengedaran dalam sesuatu produk
  • Menanam minat keusahawanan dalam diri murid-murid

Berikut antara yang menarik sepanjang program dijalankan:

Gotong-royong Sosial

 Murid-murid mencabut rumput-rumput yang terdapat di halaman rumah Nurul Wafiqah



Muhd. Al'Amin & Khairul Iskandar (atas) dan Encik Izhar Raihan & Cik Rosidah sedang mencangkul rumput-rumput yang sukar untuk dicabut menggunakan tangan


Muhd. Shafik (kiri) dan Cik Ifwah menyapu daun-daun kering dan rumput-rumput yang telah dicabut untuk dibakar



 Murid-murid, guru-guru dan PPM bergambar bersama-sama pokok limau dan pokok durian belanda sebagai pokok kenangan


Murid-murid bergambar kenangan di halaman rumah Nurul Wafiqah selepas aktiviti gotong-royong tamat


Lawatan ke Projek Makanan Ringan dan Tradisional





Murid-murid khusyuk melihat pembuatan kuih baulu yang dijalankan oleh Puan Radiana

Puan Azizah binti Md. Junap bertanya lebih lanjut tentang pembuatan kuih baulu pada Puan Norianna



 Puan Khairani (atas) dan Puan Sapiah turut tidak ketinggalan mengacau adunan kuih baulu



 Murid-murid menikmati juadah bihun goreng yang disediakan bagi menyambut kedatangan mereka 

Bergambar kenang-kenangan di hadapan papan tanda "Projek Makanan Ringan dan Tradisional Romsiah binti Daud" bersama kerepek bawang masing-masing


Jutaan terima kasih diucapkan kepada  guru-guru, PPM-PPM  dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.


Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak gambar gotong royong
Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak gambar lawatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan