CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

16 April 2012

Lawatan ke Universal Studios Singapura


TARIKH: 12 - 13 April 2012 (Khamis - Jumaat)
TEMPAT: Universal Studios Singapura, Singapura
PESERTA : Seramai 23 orang murid, 7 orang guru PPKI, 3 orang pembantu pengurusan murid dan 11 orang ibu bapa/ penjaga murid PPKI SK Parit Penghulu     


OBJEKTIF:  
  • memberikan pendedahan dan pengalaman baru kepada murid-murid berkeperluan khas tentang cara berurusan dengan pihak imegresen
  • membina sikap positif dan yakin diri murid apabila berhadapan dengan dunia luar
  • meningkatkan kesedaran dan keperihatinan masyarakat penyayang terutama kepada murid istimewa

Berikut antara yang menarik sepanjang program dijalankan:











Alhamdullilah semua yang dirancang berjalan dengan jayanya dan jutaan terima kasih diucapkan kepada  guru-guru, PPM-PPM  dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Sila klik di sini untuk lihat gambar-gambar part 1
Sila klik di sini untuk lihat gambar-gambar part 2

11 April 2012

Kejohanan Tenpin Boling Pendidikan Khas Zon Merlimau 2012


TARIKH: 10 April 2012 (Selasa)
MASA: 8.00 pagi - 1.00 petang
TEMPAT: Ampang Superbowl, Mahkota Parade, Melaka
MATLAMAT: Untuk memilih murid-murid yang berkelayakan dan berketrampilan dalam sukan tenpin boling mewakili Zon Merlimau ke peringkat negeri Melaka

OBJEKTIF:
  • mencungkil bakat pelajar pendidikan khas dalam aktiviti sukan
  • memupuk gaya hidup sihat melalui sukan dan permainan
  • memupuk sifat berani dan berkeyakinan serta berketrampilan murid dalam fizikal dan kesukanan
  • merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan guru Pendidikan Khas Zon Merlimau

PENYERTAAN:

Kategori murid lelaki bawah 12 tahun

1. Muhd. Nur Faizzuddin bin Nazaruddin
2. Muhd. Azeri bin Khairul Anuar
3. Muhd. Aiman bin Hussin
4. Salahuddin bin Hashim
5. Muhd. Shafik bin Geoffrey

Kategori murid perempuan bawah 12 tahun

1. Nurul Farareena binti Ramle
2. Ainaa Khalieysah binti Mohd. Taha
3. Nuraina Eliyana binti Md. Zan

Kategori murid lelaki bawah 14 tahun

1. Muhd. Al'Amin bin Abu Zah
2. Khairul Iskandar bin Kamarudin

Kategori guru lelaki

1. Encik Muhd. Nubaili bin Hashim Pahami
2. Encik Izhar Raihan bin Muhd. Yazid

Kategori guru perempuan

1. Cik Rosidah binti Endot

Kategori ppm terbuka

1. Puan Ani binti Md. Jedi
2. Cik Saleha binti Zakaria

Berikut antara yang menarik sepanjang program dijalankan:


 Bergambar bersama-sama sebelum kejohanan bermula










Aksi murid-murid yang mewakili PPKI SK Parit Penghulu sepanjang kejohanan berlangsung


 Para pemenang dengan pingat masing-masing 
Dari kiri: Ainaa Khalieysah binti Mohd Taha (tempat ketiga perempuan bawah 12 tahun), Muhd. Nur Faizzuddin bin Nazarudin (tempat kedua lelaki bawah 12 tahun), Muhd. Azeri bin Khairul Anuar (tempat pertama lelaki bawah 12 tahun), Salahuddin bin Hashim (tempat ketiga lelaki bawah 12 tahun)


 Para pemenang bergambar bersama guru-guru pengiring 


Jutaan terima kasih diucapkan daripada kami PPKI SK Parit Penghulu sebagai pengelola kejohanan kepada semua guru-guru, PPM-PPM  dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini.


Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak gambar

02 April 2012

Program Terapi Boling dan Lawatan ke Pameran Haiwan Prasejarah 2012

TARIKH: 29 Mac 2012 (Khamis)
MASA: 8.00 pagi - 2.30 petang
TEMPAT: Ampang Superbowl, Mahkota Parade dan Dinos Alive, Dataran Pahlawan, Melaka


OBJEKTIF:  
  • memberi peluang kepada murid-murid berkeperluan khas mengasah bakat dalam sukan tenpin boling
  • meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor murid-murid berkeperluan khas
  • meransang murid-murid untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran dalam aktiviti terapi yang dijalankan
  • meningkatkan pengetahuan sedia ada murid-murid terhadap haiwan prasejarah
  • melahirkan sikap berani dan yakin kepada diri sendiri


Berikut antara yang menarik sepanjang program dijalankan:



 Bergambar sebelum sesi terapi boling bermula



Aksi murid-murid semasa program terapi dijalankan

Cikgu Azizah (GPK PK) membimbing Nurul Wafiqah semasa membuat balingan bola



Aksi Cikgu Sapiah (atas) dan Cikgu Hanizah sebelum membuat balingan bola






Murid-murid bergambar kenangan bersama replika haiwan prasejarah yang terdapat di Dinos Alive

Bergambar kenangan beramai-ramai di depan banner Dinos Alive!


Jutaan terima kasih diucapkan kepada  guru-guru, PPM-PPM  dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.


Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak gambar



28 Mac 2012

Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Zon Merlimau 2012

TARIKH: 27 Mac 2012 (Selasa)
MASA: 8.00 pagi - 1.00 petang
TEMPAT: SK Serkam Darat, Merlimau, Melaka


OBJEKTIF:  
  • menanam sifat menghayati dan mencintai ilmu agama dalam kehidupan seharian
  • mencungkil bakat pelajar pendidikan khas dalam aktiviti luar bilik darjah
  • memupuk sifat berani dan berkeyakinan serta berketrampilan murid dalam aktiviti ko-akademik
  • merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan guru Pendidikan Khas Zon Merlimau

Berikut antara yang menarik sepanjang program dijalankan:


Nuraina Eliyana (atas) dan Muhd. Azeri tekun membuat khat jawi "Melaka Maju Negeriku Sayang" dalam kategori Khat Jawi Junior



Muhd. Al'Amin (atas) dan Nurul Farareena mengambil bahagian dalam kategori Hafazan Junior


Muhd. Azraazizi menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk "Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis" dalam kategori Bercerita Kisah Nabi Junior


Pasukan nasyid PPKI SK Parit Penghulu menyampaikan lagu nasyid "Lukisan Alam" dan "Pesanan" dalam kategori Nasyid Junior


Muhd. Kamarudin mendapat johan dalam kategori Tilawah Al-Quran Lelaki Junior


Para pemenang bergambar bersama-sama guru-guru pengiring. Tahniah kepada semua pemenang


Jutaan terima kasih diucapkan kepada  guru-guru dan PPM-PPM yang bertungkus lumus mengasah bakat dan melatih murid-murid yang terlibat dalam pertandingan MTQ PK Zon Merlimau 2012.


Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak gambar


26 Mac 2012

Majlis Perasmian Program Karnival Membaca & Majlis Perasmian Bangunan Baru Perpustakaan Desa 1 Malaysia Sungai Rambai

TARIKH: 24 Mac 2012
MASA: 8 pagi - 4.00 petang
TEMPAT: Perpustakaan Desa 1 Malaysia, Sungai Rambai, Melaka

Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program tersebut berlangsung:


Muhd Kamarudin bersiap sedia untuk mengambil bahagian dalam acara "Mengira Pantas Tahap 1"



Cik Rosidah dan Cik Saleha mengambil bahagian dalam "Kuiz Pintar Patriotik"



Muhd. Kamarudin mendapat tempat kedua dalam acara "Mengira Pantas Tahap 1". Tahniah Kamarudin



Cik Rosidah (atas) mendapat tempat keempat dan Cik Saleha mendapat tempat ketiga dalam acara "Kuiz Pintar Patriotik"


Muhd. Kamarudin bergambar di kain rentang program