27 Ogos 2013

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PPKI 2013

TARIKH: 23 Ogos 2013 (Jumaat)
MASA: 9.00 pagi - 12.00 tengahari
TEMPAT: Bilik darjah PPKI SK Parit Penghulu

OBJEKTIF:  
  • Mewujudkan suasana hari raya di kelas PPKI
  • Meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri di sekolah bersama ibu bapa murid
  • Merapatkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan ibu bapa dan guru
  • Meraikan kedatangan Syawal dengan program marhaban (memuji dan berselawat ke atas Nabi Muhammad saw)

Berikut antara yang menarik sepanjang program dijalankan:


Encik Mohd Taha bin Jamaludin (kiri) dan Encik Abd. Kadir bin Abu Samah, GPK Hem SK Parit Penghulu menyampaikan ucapan di majlis sambutan tersebut


Ibu bapa murid-murid yang menghadirkan diri di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013


 Majlis penyampaian cenderhati kepada murid-murid yang berjaya menyempurnakan ibadah puasa 29 hari di bulan Ramadan 1434H

Muhd. Kamarudin bin Abu Bakar merupakan Tokoh Ihya' Ramadan PPKI SKPP 1434H




 Murid-murid mengalunkan selawat dan marhaban dengan bersemangat bersama guru-guru dan ibu bapa



Ibu bapa, guru-guru dan murid-murid sedang menjamu selera juadah-juadah yang telah disediakan



Jutaan terima kasih diucapkan kepada  guru-guru, PPM-PPM dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga, jutaan terima kasih buat ibu bapa dan guru-guru yang sudi hadir bagi memeriahkan majlis sambutan tersebut.

Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak gambar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan