01 April 2011

Kejohanan Tenpin Boling Pend. Khas Zon Merlimau 2011

Kejohanan Tenpin Boling Pend. Khas Zon Merlimau 2011 telah diadakan pada 31 Mac 2011 bertempat di Ampang Superbowl, Mahkota Parade, Melaka. Matlamat kejohanan ini diadakan adalah bertujuan untuk memilih murid-murid yang berkelayakan dan berketrampilan dalam sukan tenpin boling mewakili Zon Merlimau ke peringkat negeri Melaka. Objektif kejohanan ini adalah memupuk gaya hidup sihat melalui sukan dan permainan, mencungkil bakat murid Pendidikan Khas dalam sukan dan memupuk sikap berani dan berketrampilan murid dalam aktiviti fizikal dan kesukanan. PPKI SK Parit Penghulu telah menghantar seramai 8 orang wakil untuk menyertai kejohanan tersebut. Muhd. Azeri dan Muhd Aiman telah mendapat johan dan naib johan masing-masing dalam kejohanan tersebut dalam kategori lelaki bawah 11 tahun.  Tahniah diucapkan kepada semua murid, guru dan ppm yang telah mewakili PPKI SKPP dalam kejohanan tersebut. Berikut adalah nama wakil yang menyertai kejohanan tersebut.

Kategori murid lelaki bawah 11 tahun

1. Muhd. Nur Faizzuddin bin Nazaruddin
2. Muhd. Azeri bin Khairul Anuar
3. Muhd. Aiman bin Hussin

Kategori murid perempuan bawah 14 tahun

1. Nooraisyah binti Fauzi

Kategori guru perempuan

1. Cik Rosidah binti Endot
2. Cik Anisah binti Md. Tahir
3. Puan Norbaite binti Mohd. Zainal

Kategori ppm terbuka

1. Cik Saleha binti Zakaria

 Bergambar sebelum Kejohanan Tenpin Boling PK Zon Merlimau 2011 bemula

Muhd. Aiman Hussin dari SK Parit Penghulu mendapat Naib Johan Kategori Lelaki Bawah 11 tahun. 

Muhd. Azeri Khairul Anuar dari SK Parit Penghulu mendapat Johan Kategori Lelaki Bawah 11 tahun.

Pemenang-pemenang Kejohanan Tenpin Boling PK Zon Merlimau 2011 dari SK Parit Penghulu. Syabas di atas kejayaan anda berdua.
Putera dan puteri PPKI SK Parit Penghulu yang mengambil bahagian dalam kejohanan tenpin boling.

Terapi Boling

Pada 29 Mac 2011 yang lalu, PPKI SK Parit Penghulu telah mengadakan terapi boling di Ampang Superbowl, Mahkota Parade, Melaka. Matlamat terapi ini diadakan adalah antara aktiviti yang dirancang untuk murid-murid berkeperluan khas mencapai perkembangan dari segi emosi, sosial dan persekitaran yang boleh memberikan suasana baru kepada murid-murid. Objektif terapi ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid berkeperluan khas mencuba sukan baru iaitu tenpin boling, melahirkan sifat berani dan yakin kepada diri sendiri untuk berusaha, mencungkil bakat dan potensi murid-murid dalam sukan tenpin boling dan sebagai satu aktiviti sosial dan rekreasi yang dapat mendekatkan murid dengan masyarakat. Sebelum terapi ini dijalankan, murid-murid terlebih dahulu diberi taklimat mengenai sukan tenpin boling ini. Setelah taklimat diberikan, murid-murid begitu teruja dan tidak sabar-sabar untuk membuat balingan bola ke pin. Pelbagai gelagat murid-murid dapat dilihat sepanjang program terapi ini dijalankan. Seramai 8 orang murid dengan mata yang tertinggi layak untuk ke peringkat akhir iaitu Nooraisyah, Muhd Azeri, Muhd Aiman, Muhd Azraazizi, Muhd Nur Faizzuddin, Nurul Farareena, Salahuddin dan Muzani. Muhd Faizzuddin menjuarai tempat pertama, diikuti dengan Nooraisyah, tempat ketiga disandang oleh Muhd Aiman dan tempat keempat disandang oleh Muhd Azeri. Tahniah diucapakan kepada semua murid kerana memberi kerjasama sepanjang program ini dijalankan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program terapi ini.