01 April 2011

Terapi Boling

Pada 29 Mac 2011 yang lalu, PPKI SK Parit Penghulu telah mengadakan terapi boling di Ampang Superbowl, Mahkota Parade, Melaka. Matlamat terapi ini diadakan adalah antara aktiviti yang dirancang untuk murid-murid berkeperluan khas mencapai perkembangan dari segi emosi, sosial dan persekitaran yang boleh memberikan suasana baru kepada murid-murid. Objektif terapi ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid berkeperluan khas mencuba sukan baru iaitu tenpin boling, melahirkan sifat berani dan yakin kepada diri sendiri untuk berusaha, mencungkil bakat dan potensi murid-murid dalam sukan tenpin boling dan sebagai satu aktiviti sosial dan rekreasi yang dapat mendekatkan murid dengan masyarakat. Sebelum terapi ini dijalankan, murid-murid terlebih dahulu diberi taklimat mengenai sukan tenpin boling ini. Setelah taklimat diberikan, murid-murid begitu teruja dan tidak sabar-sabar untuk membuat balingan bola ke pin. Pelbagai gelagat murid-murid dapat dilihat sepanjang program terapi ini dijalankan. Seramai 8 orang murid dengan mata yang tertinggi layak untuk ke peringkat akhir iaitu Nooraisyah, Muhd Azeri, Muhd Aiman, Muhd Azraazizi, Muhd Nur Faizzuddin, Nurul Farareena, Salahuddin dan Muzani. Muhd Faizzuddin menjuarai tempat pertama, diikuti dengan Nooraisyah, tempat ketiga disandang oleh Muhd Aiman dan tempat keempat disandang oleh Muhd Azeri. Tahniah diucapakan kepada semua murid kerana memberi kerjasama sepanjang program ini dijalankan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program terapi ini.

1 ulasan:

  1. as salam...sama2 kita berkolaborasi utk mantapkn lg PPKI di melaka...salam ukhwah daripada sk dato demang hussin...(*_*)

    BalasPadam