27 Mac 2011

Majlis Tilawah Al-Quran Pend. Khas Zon Merlimau 2011

Pada 24 Mac 2011 yang lalu,bertempat di SK Parit Penghulu,telah diadakan Majlis Tilawah Al-Quran Pend. Khas Zon Merlimau 2011. Matlamat majlis ini diadakan adalah bertujuan memilih murid-murid pendidikan khas yang berkelayakan dan berketrampilan bagi mewakili Zon Merlimau ke peringkat negeri Melaka. Objektif majlis ini diadakan adalah untuk menanam sifat menghayati dan mencintai ilmu agama dalam kehidupan seharian, mencungkil bakat murid Pendidikan Khas dalam aktiviti luar bilik darjah, memupuk sikap berani dan berketrampilan murid dalam aktiviti kokurikulum dan merapatkan hubungan silaturrahim antara murid-murid dan guru-guru Pendidikan Khas Zon Merlimau. Majlis Penutup Tilawah Al-quran ini dirasmikan oleh YB Datuk Hasan bin Abd Rahman, ADUN Sungai Rambai. Majilis ini juga turut dihadiri olah Penyelia Kanan Pendidikan Khas, Encik Yusuf dan Yang Dipertua PIBG SK Parit Penghulu, Encik Bahari. Peserta pertandingan yang mengambil bahagian dlam majlis ini terdiri daripada 10 buah sekolah rendah dan 4 buah sekolah menengah. Pertandingan yang dipertandingan adalah tilawah Al-Quran, hafazan Al-Quran, bercerita kisah nabi, alunan azan Subuh, khat jawi dan nasyid. Tempat-tempat berlangsungnya pertandingan adalah kelas PPKI Cemerlang (tilawah), bilik seni SKPP (bercerita), bilik pemulihan SKPP(hafazan), pusat sumber sekolah SKPP (khat jawi) dan dewan SKPP (azan dan nasyid serta majlis penutup). PPKI SK Penghulu telah mendapat johan dalam khht jawi dan hafazan perempuan junior serta tempat ketiga dalam bercerita kisah nabi lelaki junior. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Majlis Tilawah Al-Quran PK Zon Merlimau 2011 secara langsung dan tidak langsung terutamanya warga SK Parit Penghulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan