06 Mac 2011

Taklimat Pend. Khas Bersama Ibu Bapa Murid PPKI 2011

Pada 6 Januari 2011 bersamaan dengan hari Khamis, bertempat di makmal komputer SKPP, PPKI SKPP telah mengadakan taklimat pendidikan khas bersama ibu bapa murid bagi tahun 2011. Matlamat program ini diadakan adalah untuk memberi penerangan mengenai PPKI kepada ibu bapa dan murid terutamanya kepada warga baru PPKI SKPP. Objektif program ini adalah memberi pendedahan dan menambahkan pengetahuan kepada ibu bapa dan warga PPKI mmengenai program pendidikan khas serta mengeratkan hubungan di antara pengurusan sekolah dengan ibu bapa demi meningkatkan perkhidmatan pendidikan anak-anak khas. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Md Aziz bin Hj. Lani iaitu Ketua Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Melaka. Seramai 25 orang ibu atau bapa murid-murid yang telah menghadiri program taklimat tersebut. Taklimat ini juga turut dihadiri oleh Puan Hjh. Norhayati binti Abu Bakar (Guru Besar SKPP) dan Puan Hjh. Seniah binti Jantan (GPK Hal Ehwal Murid SKPP). Di samping itu, badan kebajikan ibu bapa dan guru pendidikan khas SKPP telah ditubuhkan dan pemilihan ahli jawatankuasa badan kebajikan tersebut dilakukan selepas taklimat daripada Ketua Unit PK selesai. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan program ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan