06 Mac 2011

Minggu Permainan dan Olahraga PPKI SKPP

PPKI SKPP telah menjayakan Minggu Permainan dan Olahraga pada 24 hingga 28 Januari 2011. Program ini dijalankan bertujuan untuk mewujudkan minat murid-murid terhadap acara olahraga dan permainan tradisional bagi menimbulkan keseronokan kepada murid berkeperluan khas. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk merasai suasana dan melibatkan diri dalam acara sekolah. Objektif program ini diadakan adalah untuk menanam minat murid-murid untuk terlibat dalam semua aktiviti dan permainan yang telah disediakan, mencungkil bakat murid dalam acara sukan, memupuk keyakinan dan keberanian dalam diri individu, menanamkan semangat kerjasama dan berpasukan serta mengenalpasti murid-murid untuk mewakili sekolah ke peringkat kawasan/negeri dalam acara olahraga. Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan dan menamakan nama kumpulan masing-masing bertemakan pokok-pokok herba iaitu tongkat ali, misai kucing, serai wangi dan kacip fatimah.  Antara permainan yang dijalankan ialah teng-teng, bom air, cina buta, isi air dalam botol, dam ular, congkak, rounders, lari 100m dan 200m. Kumpulan kacip fatimah adalah juara keseluruhan bagi Minggu Permainan dan Olahraga PPKI SKPP. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan