17 Februari 2012

Comel Tak Kami??

PROGRAM: Program NILAM & Pinjaman Buku Terbanyak 2012
TARIKH: 13 Februari 2012
MASA: 7.45 pagi
TEMPAT: Tapak perhimpunan SK Partit Penghulu


Murid-murid PPKI SK Parit Penghulu telah terpilih untuk menjadi maskot arnab, ayam jantan, gajah, harimau, katak dan panda di majlis perasmian program NILAM & Pinjaman Buku Terbanyak 2012


Berikut adalah gambar-gambar yang menarik semasa majlis tersebut berlangsung:


 Comel tak kami?? Sangat comel kan ;)


Si Arnab menunggu giliran untuk menyerahkan buku NILAM kepada perasmi


 Sang Harimau menyerahkan buku NILAM kepada perasmi iaitu Puan Nasriah binti Rahmat


Maskot bergambar kenang-kenangan bersama perasmi majlis, Guru Besar dan guru media SK Parit Penghulu



Cikgu Rosidah (atas) dan Cikgu Norbaite turut tidak ketinggalan untuk bergambar dengan maskot-maskot yang comel


Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang memberi peluang kepada murid-murid PPKI SKPP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan