06 Februari 2012

Minggu Olahraga dan Permainan PPKI SKPP 2012

TARIKH: 30 Januari - 03 Februari 2012 (Isnin - Jumaat)
MASA: 8.00 pagi - 12.00 tengahari
TEMPAT: Padang & Kelas PPKI SK Parit Penghulu

OBJEKTIF: 
  • menarik minat para murid untuk terlibat dalam semua aktiviti dan permainan yang disediakan
  • mencungkil bakat para murid dalam bidang sukan
  • memupuk keyakinan dan keberanian dalam diri individu
  •  menanam semangat kerjasama dan berpasukan 
  • mengenal pasti atlet untuk mewakili sekolah ke peringkat kawasan / negeri dalam permainan dan olahraga

Berikut antara aktiviti yang menarik sepanjang program berjalan:


Dari kiri Farareena, Khaliesyah dan Eliyana mengambil bahagian dalam lari 100 meter


Azeri memegang 'bet' dengan kemas dan fokus menanti bola untuk dipukul dalam permainan sofbol


Murid-murid sedang berfikir membina perkataan Bahasa Malaysia yang mudah sambil dibantu oleh Cikgu Hanizah binti Mohammad 

Kamarudin melakukan guling balak iaitu salah satu halangan yang perlu dilakukan oleh murid-murid bagi aktiviti merempuh halangan



Faizzuddin antara murid yang mahir bermain capteh


Walaupun permainan 'zero point' baru bagi Adam dan murid-murid lain, kesungguhan dan keseronokan melakukannya terpancar di wajah mereka


Murid-murid tekun bermain congkak bagi mendapatkan markah untuk kumpulan masing-masing


Iskandar mengambil bahagian dalam lompat tinggi



Jasmey (kanan) mengawal gelanggang daripada dibolosi oleh Noreman(kuning) dalam permainan galah panjang


Cikgu Norbaite Mohd Zainal mengajar murid-murid cara bermain UNO kad dengan betul



Tahniah diucapkan kepada kumpulan Line 7 kerana menjuarai Minggu Olahraga dan Permainan PPKI SKPP 2012

Jutaan terima kasih diucapkan kepada  guru-guru, PPM-PPM  dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Sila klik di sini untuk lihat gambar part 1
Sila klik di sini untuk lihat gambar part 2
Sila klik di sini untuk lihat gambar part 3
Sila klik di sini untuk lihat gambar part 4

Tiada ulasan:

Catat Ulasan