PROFIL KAMI

VISI PPKI SKPP

Menjadi contoh Program Integrasi Pendidikan Khas (Pembelajaran) yang cemerlang dan ceria dalam kurikulum dan kokurikulum.




MISI PPKI SKPP 

  • Menyediakan kemudahan tempat belajar yang kondusif
  • Berusaha untuk melahirkan setiap murid boleh menguasai  3M (menulis, membaca dan mengira)
  • Mewujudkan suasana yang harmoni dan sentiasa ceria
  • Membentuk satu pakatan tenaga yang saling memahami dan bertimbang rasa



MOTTO PPKI SKPP

"Kearah Kecemerlangan Insan Istimewa Yang Berilmu dan Berbudaya"




PIAGAM PELANGGAN PPKI SKPP

Kami guru dan pembantu pengurusan murid (PPM) Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) Parit Penghulu dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami untuk:

  • memastikan proses P&P berjalan dengan lancar mengikut jadual waktu agar melahirkan insan istimewa yang cemerlang lagi berilmu, berbudaya dan berakhlak mulia
  • memastikan semua murid dapat menguasai kemahiran 3M pada akhir persekolahan mereka di kelas PPKI
  • mempertingkat penguasaan Bahasa Malaysia murid istimewa pada tahap yang terbaik khusus untuk berkomunikasi dan bersosialisasi
  • memberi layanan yang baik kepada pelanggan-pelanggan kami dengan mengamalkan nilai-nilai murni yang ada
  • memberi kerjasama erat kepada semua aktiviti kemasyarakatan melalui satu pakatan tenaga kerja yang cemerlang
  • berbudaya penyayang, berdisplin dan sentiasa menepati masa demi kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum murid istimewa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan