25 Jun 2012

Minggu Keceriaan PPKI SKPP 2012


TARIKH: 18 hingga 22 Jun 2012 (Isnin - Jumaat)
MASA: 8.00 pagi - 12.30 tengahari
TEMPAT: Halaman depan PPKI SK Parit Penghulu

OBJEKTIF:  
  • menyusun atur, menceriakan dan mencantikkan lagi kawasan persekitaran PPKI SK Parit Penghulu
  • memupuk semangat kerjasama antara para murid dan warga PPKI SK Parit Penghulu dalam satu pasukan
  • memupuk nilai mencintai alam sekitar dan kasih sayang terhadap bumi


Berikut antara yang menarik sepanjang program dijalankan:



Farareena (atas) dan Khaliesyah sedang mengecat batu bata yang terdapat di taman herba PPKI





Murid-murid berhati-hati mengecat lukisan bunga yang telah dilukis pada pasu bunga bagi mencantikkan pasu-pasu bunga tersebut


Cikgu Nubaili melukis gambar bunga-bungaan di atas tar bagi menceriakan lagi tar tersebut






Guru-guru, PPM-PPM dan murid-murid bekerjasama semasa mewarna outline bunga-bungaan, dam ular, teng-teng dan congkak



Jutaan terima kasih diucapkan kepada  guru-guru, PPM-PPM  dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.


Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak gambar




Tiada ulasan:

Catat Ulasan