14 Jun 2012

Program Jejak Kemahiran Kendiri 2012


TARIKH: 13 Jun 2012 (Rabu)
MASA: 8.00 pagi - 1.00 petang
TEMPAT: Bilik Masakan PPKI SK Parit Penghulu
FASILITATOR: 
Puan Illiyah binti Ayub
Puan Noraisyah binti Mohamad
Cik Siti Nurazrin binti Sheikh Ismail
Puan Hazilah binti Mohamad

OBJEKTIF:  
  • murid diberi pendedahan asas dalam bidang pembuatan kek
  • membuka minda murid-murid terhadap peluang-peluang keusahawanan yang boleh diceburi
  • mengajar murid-murid agar lebih berani berdikari dan berkeyakinan dalam setiap aktiviti yang dijalankan
  • murid bekerjasama dalan kumpulan untuk menyediakan produk akhir masing-masing


Berikut antara yang menarik sepanjang program dijalankan:


Puan Illyah binti Ayub memberi taklimat berkaitan program yang akan dijalankan


Puan Illyah menerangkan bahan-bahan yang diperlukan dalam pembuatan " banana double chocolate muffin" sambil diperhatikan oleh pembantu-pembantu beliau

Murid-murid khusyuk mendengar penerangan daripada Puan Illyah tentang cara-cara membuat muffin

Murid-murid sedang meleyek buah pisang hingga hancur


Murid-murid sangat teruja memasukkan aduan yang telah siap ke dalam cawan muffin dengan bantuan Puan Illyah

Murid-murid begitu tekun memerhati cara-cara pembuatan apam dot-dot  


Nor Jazley (atas) dan Muhd Azeri berusaha untuk menghasilkan apam dot-dot mereka mengikut citarasa masing-masing


Antara muffin dan apam dot-dot yang telah siap dibungkus untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing

Penyampaian cenderhati kepada Puan Illyah sebagai tanda penghargaan di atas kesudian beliau dan rakan-rakan menjayakan program ini


Jutaan terima kasih diucapkan kepada  fasilitator jemputan, guru-guru, PPM-PPM  dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.


Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak gambar







Tiada ulasan:

Catat Ulasan