08 Oktober 2012

Program Kolaborasi Keluarga Mawaddah Sakinah Pendidikan Khas 2012



TARIKH: 02 Oktober 2012 (Selasa)
MASA: 9.00 pagi - 2.00 petang
TEMPAT: Kem Modal Insan Parit Penghulu, Sungai Rambai
ANJURAN BERSAMA: PPKI (P) SK Batu Gajah (selaku tuan rumah), PPKI (P) SK Parit Penghulu dan PPKI (P) SK Sungai Rambai
PENCERAMAH JEMPUTAN: Ustaz Mohd Nizam bin Ali dan Ustaz Ahmad bin Yaakub

OBJEKTIF:  
  • Mempertingkatkan hubungan yang erat dan amalan kerjasama ibu bapa dengan pihak sekolah dalam memberi pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid
  • Meningkatkan kesedaran di kalangan murid-murid dan ibu bapa tentang kepentingan ilmu pada masa hadapan
  • Menggalakkan ibu bapa melibatkan diri secara aktif dalam proses pendidikan anak-anak mereka
  • Meningkatkan ilmu fardhu kifayah di kalangan murid-murid dan ibu bapa

Berikut antara yang menarik sepanjang program dijalankan:


Murid-murid dan ibu bapa yang hadir sedang mendaftarkan diri masing-masing kepada Cikgu Norbaite



Ustaz Mohd Nizom bin Ali menyampaikan ceramah yang bertajuk "Baiti Jannati" untuk Slot 1



Ustaz Ahmad bin Yaakub menyampaikan ceramah yang bertajuk " Penghayatan Solat" secara teori dan pratikal untuk Slot 2



Ibu bapa yang hadir khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah-penceramah jemputan




Murid-murid khusyuk dan seronok semasa mendengar ceramah serta memberi kerjasama yang baik sepanjang program kolaborasi dijalankan





Sebahagian murid-murid yang mendapat cenderhati setelah menjawab soalan kuiz yang diajukan dengan betul


Puan Hjh. Zaiton, GPK Pendidikan Khas SK Batu Gajah (kiri)  dan Tuan Hj. Zulkifli, Guru Besar SK Batu Gajah menyampaikan cenderhati kepada penceramah-penceramah jemputan untuk program kolaborasi tahun ini


Ucapan daripada Tuan Haji Zulkifli bin Aziz, Guru Besar SK Batu Gajah selaku tuan rumah bagi program kolaborasi pada tahun ini

Ucapan perasmian penutup oleh Encik Arip bin Omar, Penghulu Mukim Sungai Rambai mewakili YB Datuk Hassan bin Rahman, ADUN Kawasan Sungai Rambai



Encik Arip bin Omar meyampaikan sijil penghargaan dan cenderhati kepada wakil sekolah-sekolah yang menganjurkan program kolaborasi ini



Setelah selesai makan tengahari, murid-murid menunaikan solat Zohor secara berjemaah dengan berimamkan Cikgu Muhammad Nubaili


Murid-murid dari ketiga-tiga sekolah bergambar bersama-sama sebelum majlis bersurai


Jutaan terima kasih diucapkan kepada  guru-guru, PPM-PPM  dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program kolaborasi pada tahun ini. Tidak lupa juga, jutaan terima kasih buat ibu bapa dan penjaga yang sudi hadir bagi menjayakan program kalaborasi tahunan ini.


Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak gambar




Tiada ulasan:

Catat Ulasan