07 Julai 2012

Jaguh PPKI 2012 Musim Pertama (Minggu Sains dan Matematik)



TARIKH: 02 - 06 Julai 2012 (Isnin - Jumaat)
MASA: 8.00 pagi - 12.30 tengahari
TEMPAT: Kelas PPKI SK Parit Penghulu

OBJEKTIF:  
  • mewujudkan minat murid-murid terhadap matapelajaran Sains dan Matematik
  • mencungkil bakat yang ada pada murid-murid
  • memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang pelbagai kemahiran
  • memberi keseronokan belajar kepada murid-murid
  • meningkatkan keyakinan diri murid-murid

Berikut antara yang menarik sepanjang program dijalankan:


Muhd Al'Amin membaling bola getah untuk menjatuhkan tin-tin yang mempunyai markah dalam aktiviti "boling tin"


Ainaa Khaliesyah (kiri) dan Nurul Farareena khusyuk menyiapkan buku skrap perkhidmatan masyarakat setempat 


Muhd. Aiman tekun memadankan anggota badan dalam gambarajah manusia 


Murid-murid dalam kumpulan masing-masing menyiapkan tugasan Sains iaitu memadankan gambar haiwan-haiwan yang diberikan dengan habibat masing-masing



Muhd. Shafik (atas) dan Muhd. Azraazizi mencuba memancing ikan yang mempunyai markah untuk jawapan yang betul bagi soalan-soalan yang diberikan oleh guru


Muhd. Ikmal tekun menyiapkan rekaciptanya iaitu sebuah lori menggunakan bahan terpakai, kotak



Murid-murid bekerjasama dalam menyiapkan kalender hari lahir 2012 (atas) dan buku skrap matawang Malaysia


Jutaan terima kasih diucapkan kepada  guru-guru, PPM-PPM  dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.



Sila klik di sini untuk lihat gambar-gambar part 1
Sila klik di sini untuk lihat gambar-gambar part 2


Tiada ulasan:

Catat Ulasan