26 Oktober 2010

Gotong-royong Sosial

Kediaman murid PPKI SKPP iaitu Muhammed Hazim bin Maidin yang terletak di Kg. Telok Rimba telah dipilih untuk Program Gotong royong Sosial PPKI SKPP pada tahun ini. Gotong-royong sosial ini telah dijalankan pada 19 Oktober 2010 (Selasa) yang lalu. Program ini merupakan satu strategi proaktif bagi mendedahkan murid-murid istimewa ke arah kesediaan belajar bersosialisasi sambil berekreasi. Ia juga merupakan usaha memberikan pengalaman yang berguna kepada murid-murid. Objektif program gotong-royong sosial ini adalah untuk mendidik murid-murid menjaga kebersihan dan keselamatan persekitaran rumah, memperkembangkan kemahiran berkomunikasi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat dan mengamalkan tingkahlaku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna.

Al' Amin sedang menggembur tanah di dalam pasu bunga

Shahrudin sedang mencantas dahan-dahan pokok.

Kamarudin sedang menyiram pokok-pokok bunga yang terdapat di kediaman Hazim
Khairul dan Helmi sedang menajak rumput-rumput yang terdapat di sekeliling kediaman Hazim
Al'Amin dan Azeri membantu guru-guru mengangkat dahan-dahan yang telah dicantas untuk dibuang ke tempat pembuangan sampah
Iskandar dan Iman sedang menyapu kelopak-kelopak bunga yang berguguran di tanah

Bergambar kenang-kenangan bersama nenek dan bapa Hazim selepas rotong royong sosial selesai
Pn. Azizah menyampaikan sedikit sumbangan kepada nenek Hazim sebelum kami berangkat pulang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan