15 Oktober 2010

Perkhemahan Unit Beruniform SKPP

Pada 14 Oktober 2010 bersamaan hari Khamis, seramai 20 orang murid Pengakap Istimewa PPKI SKPP sekawan Kelabu dan sekawan Perang telah diberi peluang untuk menyertai Perkhemahan Unit Beruniform SKPP bersama-sama 100 orang murid badan beruniform Pengakap Kanak-Kanak, Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Puteri Islam Malaysia aliran perdana SKPP. Perkhemahan ini telah diadakan di Kem Modal Insan, Kg. Parit Penghulu selama 2 hari 1 malam. Matlamat perkhemahan ini diadakan adalah untuk memupuk displin, nilai murni dan sikap positif dalam jiwa murid-murid, menanamkan sifat kepimpinan, mematuhi arahan dan peraturan serta mengukuhkan pengalaman yang tidak diperolehi dia dalam bilik darjah. Tema perkhemahan pada tahun ini adalah berdisplin. Sekawan Perang diketuai oleh adik  Siti Hajar Amerodin manakala sekawan Kelabu diketuai oleh adik Muhammad Khairul Abdullah. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah permainan pancaindera (merasa, menghidu, memukul kepala jin, dan king cobra) menganyam ketupat, memancing, ekspidisi dan malam perkhemahan. Pada malam perkhemahan, sekawan Kelabu mempersembahkan lagu Sayang Kinabalu manakala sekawan Perang mempersembahkan lagu Si Baju Hijau. Pada majlis penutupan Perkhemahan Unit Beruniform SKPP, sekawan Perang telah dinobatkan sebagai Johan Kerjasama manakala sekawan Kelabu telah dinobatkan sebagai Johan Displin  sepanjang perkhemahan berlangsung. Tahniah kepada Pengakap Istimewa PPKI SKPP yang terbabit dalam perkhemahan dan berjaya dengan jayanya mengikuti perkhemahan tersebut.

Pengakap Kanak-kanak Istimewa sedang mendengar taklimat daripada Ketua Perkhemahan iaitu Cikgu Kamaruddin Jantan



Ahli pengakap lelaki sedang berusaha mendirikan khemah mereka secara berkumpulan.

Ahli pengakap sedang menghidu bau pada mangkuk yang tertutup dalam permainan pancaindera menghidu.

Ahli pengakap dikehendaki memukul tin yang digantung pada pokok dengan mata yang ditutup dan hanya mendengar arahan daripada pasangan dalam permainan pancaindera pukul kepala jin.



Ahli pengakap sedang merasa cecair yang berada dalam piring yang disediakan dalam permainan pancaindera merasa


Ahli pengakap berusaha untuk menganyam ketupat dalam pertandingan menganyam ketupat.


Ahli pengakap sabar menunggu umpan mereka dimakan oleh ikan yang terdapat di dalam kolam dalam pertandingan memancing.

Persembahan daripada sekawan Kelabu (atas) dan Perang (bawah) pada malam perkhemahan.


Ahli pengakap lelaki sedang membuka khemah mereka dan membersihkan tapak perkhemahan.

Ketua sekawan Perang (atas) dan Kelabu (bawah) menerima hadiah bagi kategori yang dimenangi mereka.

1 ulasan: