12 Mei 2012

Majlis Tilawah al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka 2012


TARIKH: 09 Mei 2012 (Rabu)
MASA: 2.00 hingga 5.00 petang
TEMPAT: Auditorium Masjid Al-Azhim, Bukit Palah, Melaka

OBJEKTIF:  
  • mencungkil bakat khas di dalam aktiviti hafazan, tilawah, bercerita kisah dari Al-Quran, azan Subuh dan khat jawi  
  • menerapkan budaya kesenian Islam dalam diri murid-murid berkeperluan khas
  • memberi peluang kepada pelajar untuk turut serta dalam aktiviti kokurikulum
  • meningkatkan hubungan silatulrahim antara warga Pendidikan Khas

Tahniah kepada kedua-dua murid PPKI SK Parit Penghulu kerana telah terpilih mewakili zon Merlimau dalam Majlis Tilawah al-Quran Pend. Khas Peringkat Negeri Melaka 2012

PENYERTAAN:

Muhammad Kamarudin bin Abu Bakar
Tilawah al-Quran (Lelaki Junior)

Nurul Farareena binti Ramle
(Hafazan (Perempuan Junior)


KEJAYAAN:

Muhammad Kamarudin bin Abu Bakar
Tempat Ketiga Tilawah al-Quran (Lelaki Junior)


Jutaan terima kasih diucapkan kepada  guru-guru dan PPM-PPM yang bertungkus lumus  melatih murid-murid yang terlibat dalam Majlis Tilawah al-Quran Pend. Khas Peringkat Negeri Melaka 2012.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan