23 April 2012

Jaguh PPKI 2012 Musim Pertama (Minggu Bahasa Inggeris)


TARIKH: 17 - 21 April 2012 (Selasa - Jumaat)
MASA: 8.00 pagi - 12.30 tengahari
TEMPAT: Kelas PPKI SK Parit Penghulu

OBJEKTIF:  
  • mewujudkan minat murid-murid terhadap matapelajaran Bahasa Inggeris
  • mencungkil bakat yang ada pada murid-murid
  • memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang pelbagai kemahiran
  • memberi keseronokan belajar kepada murid-murid
  • meningkatkan keyakinan murid-murid

Berikut antara yang menarik sepanjang program dijalankan:



Murid-murid bersungguh-sungguh menyiapkan "scrap book" untuk kumpulan masing-masing dengan tajuk yang telah diberikan oleh guru iaitu "fruits", "foods", "things" dan "animals".



Salmon Nizam (atas) dan Nuraina Eliyana berusaha mencari perkataan yang tersembunyi dalam aktiviti "cross word puzzle".



 Muhd. Aiman (atas) dan Muhd. Adam Fadzil dikehendaki membaca perkataan Bahasa Inggeris yang ditunjuk oleh Pn. Hanizah dalam aktiviti "reading".



 Murid-murid kelas Gemilang sedang bermain "snake games" iaitu permainan dam dalam Bahasa Inggeris.




 Aksi murid-murid dalam aktiviti "treasure hunt" dijalankan.


Jutaan terima kasih diucapkan kepada  guru-guru, PPM-PPM  dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.


Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak gambar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan