21 Mei 2012

Minggu Perkhemahan PPKI SKPP 2012


TARIKH: 14 - 18 Mei 2012 (Isnin - Jumaat)
MASA: 8.00 pagi - 12.30 tengahari
TEMPAT: Padang SK Parit Penghulu

OBJEKTIF:  
  • memberi peluang kepada murid-murid mengasah bakat dalam aktiviti-aktiviti perkhemahan
  • meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor murid-murid
  • merangsang murid-murid untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran dalam aktiviti yang dijalankan
  • menanamkan semangat kerjasama dan berpasukan antara murid
  • melahirkan sikap berani dan yakin kepada diri sendiri


Berikut antara yang menarik sepanjang program dijalankan:





Setiap pagi sebelum aktiviti perkhemahan dimulakan, setiap kumpulan hendaklah mendirikan khemah di tapak perkhemahan masing-masing.




Murid-murid terlebih dahulu diajar dengan beberapa jenis ikatan iaitu ikatan buku sila, bunga keti, simpul manuk dan tindih kasih.



Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan gadget dengan bantuan guru pembimbing.





 Murid-murid dikehendaki menyediakan masakan rimba iaitu roti lilit.



Jutaan terima kasih diucapkan kepada  guru-guru, PPM-PPM  dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.


Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak gambar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan