22 Mei 2012

Sambutan Hari Lahir Fasa I (Jan - Jun) PPKI SKPP Tahun 2012


TARIKH: 17 Mei 2012 (Khamis)
MASA: 8.00 pagi - 12.30 tengahari
TEMPAT: Padang SK Parit Penghulu

OBJEKTIF:  
  • mendapatkan penglibatan bersama guru dan murid-murid serta pembantu pengurusan murid dengan program yang dirancang oleh PPKI SK Parit Penghulu
  • melatih murid-murid mengenai adab-adab sebelum, semasa dan selepas makan
  • melatih murid-murid mengemaskan tempat dan perlatan makan sesudah makan


Berikut antara yang menarik sepanjang program dijalankan:




Guru-guru dan pembantu pengurusan murid sedang menyediakan hidangan untuk majlis hari lahir





 Murid-murid, guru-guru dan pembantu pengurusan murid sedang menjamu selera



Sesi memotong kek bagi murid-murid, guru-guru serta pembantu pengurusan murid yang menyambut hari lahir pada bulan Januari - Jun





Cikgu Sapiah menyampaikan hadiah hari lahir kepada Puan Ani (atas sekali) dan Cik Ifwah serta murid-murid yang lahir pada bulan Januari hingga Jun. 


Jutaan terima kasih diucapkan kepada  guru-guru, PPM-PPM  dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.


Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak gambar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan