25 Mei 2012

Kejohanan Tenpin Bowling Pend. Khas Peringkat Negeri Melaka 2012



TARIKH: 22 & 23 Mei 2012 (Selasa & Rabu)
MASA: 2.00 hingga 5.00 petang
TEMPAT: Ampang Superbowl, Mahkota Parade, Melaka


OBJEKTIF:
  • mencungkil bakat pelajar pendidikan khas dalam aktiviti sukan
  • memupuk gaya hidup sihat melalui sukan dan permainan
  • memupuk sifat berani dan berkeyakinan serta berketrampilan murid dalam fizikal dan kesukanan
  • merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan guru Pendidikan Khas Zon Merlimau


Tahniah kepada murid-murid PPKI SK Parit Penghulu yang telah terpilih mewakili zon Merlimau dalam Kejohanan Tenpin Bowling Pend. Khas Peringkat Negeri Melaka 2012


PENYERTAAN:

Muhammad Nur Faizzuddin bin Nazaruddin
Perseorangan (Lelaki Bawah 12 Tahun)

Muhammad Azeri bin Khairul Anuar
Perseorangan (Lelaki Bawah 12 Tahun)

Salahuddin bin Hashim
Berpasangan (Lelaki Bawah 12 Tahun)

Ainaa Khaliesyah binti Mohd Taha
Berpasangan (Perempuan Bawah 12 Tahun)

Nuraina Eliyana binti Md. Zan
Berpasangan (Perempuan Bawah 12 Tahun)


KEJAYAAN:

Muhammad Nur Faizzuddin bin Nazaruddin
Johan Perseorangan (Lelaki Bawah 12 Tahun)


Berikut antara yang menarik sepanjang program dijalankan:

Muhd Azeri mencari ketenangan sebelum membuat lontaran 
bola ke pin


Muhd. Nur Faizzuddin membuat lontaran ke pin-pin dengan 
penuh bersemangat


Guru-guru dan PPM yang turut hadir memberi sokongan dan nasihat kepada murid yang bertanding 

 Ustaz Yahya bin Md. Tap menyampaikan piala kepada Muhd. Nur Faizzuddin bin Nazaruddin, johan kategori perseorangan lelaki bawah 12 tahun



 Muhd. Nur Faizzuddin bersama piala yang dimenanginya dalam kejohanan ini


Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan PPM yang sudi hadir memberi sokongan kepada murid-murid yang bertanding dalam kejohanan ini


22 Mei 2012

Sambutan Hari Lahir Fasa I (Jan - Jun) PPKI SKPP Tahun 2012


TARIKH: 17 Mei 2012 (Khamis)
MASA: 8.00 pagi - 12.30 tengahari
TEMPAT: Padang SK Parit Penghulu

OBJEKTIF:  
  • mendapatkan penglibatan bersama guru dan murid-murid serta pembantu pengurusan murid dengan program yang dirancang oleh PPKI SK Parit Penghulu
  • melatih murid-murid mengenai adab-adab sebelum, semasa dan selepas makan
  • melatih murid-murid mengemaskan tempat dan perlatan makan sesudah makan


Berikut antara yang menarik sepanjang program dijalankan:




Guru-guru dan pembantu pengurusan murid sedang menyediakan hidangan untuk majlis hari lahir





 Murid-murid, guru-guru dan pembantu pengurusan murid sedang menjamu selera



Sesi memotong kek bagi murid-murid, guru-guru serta pembantu pengurusan murid yang menyambut hari lahir pada bulan Januari - Jun





Cikgu Sapiah menyampaikan hadiah hari lahir kepada Puan Ani (atas sekali) dan Cik Ifwah serta murid-murid yang lahir pada bulan Januari hingga Jun. 


Jutaan terima kasih diucapkan kepada  guru-guru, PPM-PPM  dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.


Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak gambar

21 Mei 2012

Minggu Perkhemahan PPKI SKPP 2012


TARIKH: 14 - 18 Mei 2012 (Isnin - Jumaat)
MASA: 8.00 pagi - 12.30 tengahari
TEMPAT: Padang SK Parit Penghulu

OBJEKTIF:  
  • memberi peluang kepada murid-murid mengasah bakat dalam aktiviti-aktiviti perkhemahan
  • meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor murid-murid
  • merangsang murid-murid untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran dalam aktiviti yang dijalankan
  • menanamkan semangat kerjasama dan berpasukan antara murid
  • melahirkan sikap berani dan yakin kepada diri sendiri


Berikut antara yang menarik sepanjang program dijalankan:





Setiap pagi sebelum aktiviti perkhemahan dimulakan, setiap kumpulan hendaklah mendirikan khemah di tapak perkhemahan masing-masing.




Murid-murid terlebih dahulu diajar dengan beberapa jenis ikatan iaitu ikatan buku sila, bunga keti, simpul manuk dan tindih kasih.



Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan gadget dengan bantuan guru pembimbing.





 Murid-murid dikehendaki menyediakan masakan rimba iaitu roti lilit.



Jutaan terima kasih diucapkan kepada  guru-guru, PPM-PPM  dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.


Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak gambar

12 Mei 2012

Majlis Tilawah al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka 2012


TARIKH: 09 Mei 2012 (Rabu)
MASA: 2.00 hingga 5.00 petang
TEMPAT: Auditorium Masjid Al-Azhim, Bukit Palah, Melaka

OBJEKTIF:  
  • mencungkil bakat khas di dalam aktiviti hafazan, tilawah, bercerita kisah dari Al-Quran, azan Subuh dan khat jawi  
  • menerapkan budaya kesenian Islam dalam diri murid-murid berkeperluan khas
  • memberi peluang kepada pelajar untuk turut serta dalam aktiviti kokurikulum
  • meningkatkan hubungan silatulrahim antara warga Pendidikan Khas

Tahniah kepada kedua-dua murid PPKI SK Parit Penghulu kerana telah terpilih mewakili zon Merlimau dalam Majlis Tilawah al-Quran Pend. Khas Peringkat Negeri Melaka 2012

PENYERTAAN:

Muhammad Kamarudin bin Abu Bakar
Tilawah al-Quran (Lelaki Junior)

Nurul Farareena binti Ramle
(Hafazan (Perempuan Junior)


KEJAYAAN:

Muhammad Kamarudin bin Abu Bakar
Tempat Ketiga Tilawah al-Quran (Lelaki Junior)


Jutaan terima kasih diucapkan kepada  guru-guru dan PPM-PPM yang bertungkus lumus  melatih murid-murid yang terlibat dalam Majlis Tilawah al-Quran Pend. Khas Peringkat Negeri Melaka 2012.