09 November 2010

Program Kem Membaca 1 Malaysia 2010 Bersama Scholastic Malaysia

    Pada 08 November 2010 (Isnin), warga PPKI SKPP bersama-sama dengan warga SKPP telah menjayakan Program Kem Membaca 1 Malaysia 2010 Bersama Scholastic Malaysia. Program ini turut dijayakan oleh 350,000 orang pelajar dari 1000 buah sekolah di seluruh Malaysia bagi mencipta rekod membaca buku dalam "Malaysia Books of Records". Program ini telah bermula secara serentak di seluruh Malaysia pada pukul 9.30 pagi dan murid-murid dikehendaki membaca buku selama 1020 saat bersamaan 33.5 minit. 
    Objektif program ini adalah untuk membina minda yang sihat dengan matlamat untuk membantu penguasaan ilmu agar dapat menghasilkan muri-murid yang cerdik maklumat, mewujudkan kecenderungan dan minat yang  mendalam tentang sesebuah sekolah serta menaikkan nama sekolah di persada yang lebih tinggi. 
     Program ini telah diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada ketua-ketua darjah dan cabutan bertuah. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini.

02 November 2010

Program Terapi Air

Seramai 25 orang murid, 6 orang guru, 3 orang pembantu pengurusan murid dan seorang penjaga murid PPKI SKPP telah menjayakan Program Terapi Air. Program ini telah dijalankan di Laman Tiga Budaya-Taman Tema Air, Asahan, Melaka. Program terapi ini merupakan aktiviti yang amat penting dalam proses  pendidikan murid-murid istimewa selain daripada terapi muzik, terapi fizikal, terapi pasir, dan lain-lain terapi lagi. Ia membantu perkembangan emosi yang sihat untuk murid cebral palsy, autisme,  dan masalah pertuturan. Murid khas dibantu untuk lebih yakin pada diri sendiri dan mengurangkan perasaan takut, murung atau sedih. Disamping itu, murid-murid dapat bersosialisasi dengan alam semulajadi, menghayati keindahan alam serta mengetahui Pencipta-Nya. Jeritan yang diluahkan oleh murid khas menjadi satu kejayaan kepada mereka sebagai tanda mereka boleh melakukan aktiviti walaupun di dalam air.