TARIKH: 8 September 2012 (Sabtu)
MASA: 9.00 pagi - 12.00 tengahari
TEMPAT: Bilik darjah PPKI SK Parit Penghulu
OBJEKTIF:
- Mewujudkan suasana hari raya di kelas PPKI
- Meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri di sekolah bersama ibu bapa murid
- Merapatkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan ibu bapa dan guru
- Meraikan kedatangan Syawal dengan program marhaban (memuji dan berselawat ke atas Nabi Muhammad saw)
Berikut antara yang menarik sepanjang program dijalankan:
Guru-guru dengan bantuan murid-murid membuat persiapan untuk jamuan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Marhaban PPKI SKPP 2012
Encik Mohd Taha bin Jamaludin (atas) dan Puan Hamimah binti Sa'ari, guru besar SK Parit Penghulu sedang menyampaikan ucapan di majlis sambutan tersebut
Majlis penyampaian cenderhati kepada murid-murid yang berjaya menyempurnakan ibadah puasa 29 hari di bulan Ramadan 1433H
Murid-murid mengalunkan selawat dan marhaban dengan bersemangat bersama guru-guru dan ibu bapa
Ibu bapa, guru-guru dan murid-murid sedang menjamu selera juadah-juadah yang telah disediakan
Bergambar kenangan bersama Puan Hamimah binti Sa'ari dan Puan Hjh. Seniah binti Jantan
Jutaan terima kasih diucapkan kepada guru-guru, PPM-PPM dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga, jutaan terima kasih buat ibu bapa dan guru-guru yang sudi hadir bagi memeriahkan majlis sambutan tersebut
Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak gambar