28 Mac 2012

Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Zon Merlimau 2012

TARIKH: 27 Mac 2012 (Selasa)
MASA: 8.00 pagi - 1.00 petang
TEMPAT: SK Serkam Darat, Merlimau, Melaka


OBJEKTIF:  
  • menanam sifat menghayati dan mencintai ilmu agama dalam kehidupan seharian
  • mencungkil bakat pelajar pendidikan khas dalam aktiviti luar bilik darjah
  • memupuk sifat berani dan berkeyakinan serta berketrampilan murid dalam aktiviti ko-akademik
  • merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan guru Pendidikan Khas Zon Merlimau

Berikut antara yang menarik sepanjang program dijalankan:


Nuraina Eliyana (atas) dan Muhd. Azeri tekun membuat khat jawi "Melaka Maju Negeriku Sayang" dalam kategori Khat Jawi Junior



Muhd. Al'Amin (atas) dan Nurul Farareena mengambil bahagian dalam kategori Hafazan Junior


Muhd. Azraazizi menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk "Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis" dalam kategori Bercerita Kisah Nabi Junior


Pasukan nasyid PPKI SK Parit Penghulu menyampaikan lagu nasyid "Lukisan Alam" dan "Pesanan" dalam kategori Nasyid Junior


Muhd. Kamarudin mendapat johan dalam kategori Tilawah Al-Quran Lelaki Junior


Para pemenang bergambar bersama-sama guru-guru pengiring. Tahniah kepada semua pemenang

KEJAYAAN:

Muhd. Kamarudin bin Abu Bakar 
Johan Tilawah al-Quran (Lelaki Junior)

Nurul Farareena binti Ramle

Johan Hafazan (Perempuan Junior)

Muhd. Al-Amin bin Abu Zah

Tempat Ketiga Hafazan (Lelaki Junior)

Muhd. Azeri bin Khairul Anuar

Tempat Ketiga Khat Jawi (Lelaki Junior)




Jutaan terima kasih diucapkan kepada  guru-guru dan PPM-PPM yang bertungkus lumus mengasah bakat dan melatih murid-murid yang terlibat dalam pertandingan MTQ PK Zon Merlimau 2012.


Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak gambar


26 Mac 2012

Majlis Perasmian Program Karnival Membaca & Majlis Perasmian Bangunan Baru Perpustakaan Desa 1 Malaysia Sungai Rambai

TARIKH: 24 Mac 2012
MASA: 8 pagi - 4.00 petang
TEMPAT: Perpustakaan Desa 1 Malaysia, Sungai Rambai, Melaka

Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program tersebut berlangsung:


Muhd Kamarudin bersiap sedia untuk mengambil bahagian dalam acara "Mengira Pantas Tahap 1"



Cik Rosidah dan Cik Saleha mengambil bahagian dalam "Kuiz Pintar Patriotik"



Muhd. Kamarudin mendapat tempat kedua dalam acara "Mengira Pantas Tahap 1". Tahniah Kamarudin



Cik Rosidah (atas) mendapat tempat keempat dan Cik Saleha mendapat tempat ketiga dalam acara "Kuiz Pintar Patriotik"


Muhd. Kamarudin bergambar di kain rentang program



25 Mac 2012

Kejohanan Balapan dan Padang MSSM Kawasan Merlimau 2012

TARIKH: 20 - 22 Mac 2012 (Selasa - Khamis)
MASA: 8.00 pagi - 5.00 petang
TEMPAT: Padang SMK Sungai Rambai, Melaka


Tahniah diucapkan kepada Muhammad Nur Faizzuddin bin Nazarudin kerana telah menyumbangkan satu pingat emas untuk SK Parit Penghulu di temasya tersebut. Faizzuddin telah menyumbangkan pingat emas dalam acara lompat jauh bawah 12 tahun dengan jarak lompatan 3.76 meter.


Berikut adalah gambar semasa sesi penyampaian pingat dan sijil dijalankan:






Jutaan terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang telah memberi kepercayaan kepada beliau untuk mewakili sekolah ke peringkat kawasan dan bertungkus lumus melatih murid istimewa ini.

Jaguh PPKI 2012 Musim Pertama (Minggu Bahasa Malaysia)

TARIKH: 19 - 23 Mac 2012 (Isnin - Jumaat)
MASA: 8.00 pagi - 12.30 tengahari
TEMPAT: Kelas PPKI SK Parit Penghulu

OBJEKTIF:  
  • mewujudkan minat murid-murid terhadap matapelajaran Bahasa Malaysia
  • mencungkil bakat yang ada pada murid-murid
  • memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang pelbagai kemahiran
  • memberi keseronokan belajar kepada murid-murid
  • meningkatkan keyakinan murid-murid


Berikut antara yang menarik sepanjang program dijalankan:


Muhd. Nur Faizzuddin (kelas Gemilang) sedang tekun menyelesaikan soalan silangkata 

Muhd. Noreman (kelas KSSR Impian) dikehendaki mengeluarkan bunyi kenderaan yang ditunjukkan oleh Cikgu Sapiah

Murid-murid kelas Cemerlang sedang bermain dam Bahasa Malaysia iaitu "Ular Berlingkar Di Atas Pagar"

Nor Jazley (kelas KSSR Impian) dikehendaki menyusun huruf a hingga z dengan turutan yang betul


Muhd. Kamarudin (kelas Gemilang) sedang berusaha membina tiga ayat bagi setiap gambar 

 Muhd Nor Fazren (kelas KSSR Impian) sedang mewarnakan huruf-huruf yang sama

Muhd. Adam Fadzil sedang membunyikan suku kata "ku" dan kemudian beliau dikehendaki membina perkataan berawalan suku kata "ku" 

Perkataan-perkataan yang telah dibina oleh murid-murid kelas Harapan dalam permainan "suku kata" 

 Ainaa Khaliesyah (kelas Cemerlang) sedang menyenaraikan nama-nama benda mengikut kategori yang diberikan dalam permainan "Bunga Matahariku Sayang"

Muhd. Arief Zamani (kelas KSSR Harapan) sedang menyalin semula ayat yang diberikan dengan tulisan yang cantik dan kemas


Nurul Wafiqah (kelas KSSR Impian) sedang berusaha membentuk huruf a,b dan c dengan menggunakan tanah liat


Jutaan terima kasih diucapkan kepada  guru-guru, PPM-PPM  dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.


Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak gambar

08 Mac 2012

Merentas Desa SKPP Tahun 2012

TARIKH: 05 Mac 2012
MASA: 3.00 petang - 5.00 petang
TEMPAT: Sekitar Kg. Parit Penghulu, Sungai Rambai, Melaka
PENYERTAAN PPKI SKPP: 20 orang murid 

Berikut adalah antara yang menarik sepanjang program tersebut berlangsung:













Sila klik di sini untuk lebih banyak gambar

Pemilihan Atlet Bagi Kejohanan Balapan dan Padang Zon Merlimau

TARIKH: 29 Februari 2012
MASA: 8.30 pagi - 12.30 tengahari
TEMPAT: Padang SK Seri Mendapat, Merlimau, Melaka

Berikut adalah antara aktiviti yang menarik sepanjang pemilihan berlangsung:


Azraazizi (atas) dan Iskandar mengambil bahagian dalam acara lompat tinggi

Kamarudin tidak melepaskan peluang membantu guru menaikkan palang yang jatuh semasa acara lompat tinggi dijalankan


Acara lompat jauh adalah acara kegemaran bagi Faizzuddin (atas) dan Shafik

Farareena mengambil bahagian dalam acara lari 200 meter

Azeri membuat larian pecut 100meter dalam saringan kedua

Sempena Minggu Kemahiran Hidup, kami mengambil kesempatan ini mengadakan aktiviti jualan


Bergambar beramai-ramai setelah sesi pemilihan selesai


Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua murid yang mengambil bahagian dalam pemilihan atlet pada tahun ini. Kepada yang berjaya mewakili Zon Merlimau tahniah diucapkan dan yang tidak berjaya kita cuba lagi tahun depan. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada  guru-guru, PPM-PPM  dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.  

Jaguh PPKI 2012 Musim Pertama (Minggu Kemahiran Hidup)

TARIKH: 27 Februari - 02 Mac 2012 (Isnin - Jumaat)
MASA: 8.00 pagi - 12.30 tengahari
TEMPAT: Kelas PPKI SK Parit Penghulu

OBJEKTIF:  
  • mewujudkan minat murid-murid terhadap matapelajaran Kemahiran Hidup
  • mencungkil bakat yang ada pada murid-murid
  • memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang pelbagai kemahiran
  • memberi keseronokan belajar kepada murid-murid
  • meningkatkan keyakinan murid-murid


Berikut antara yang menarik sepanjang program dijalankan:

Murid-murid membuat aiskrim Malaysia sarsi sambil diperhatikan dan diberi tunjuk ajar oleh Cikgu Sapiah 



Azeri sedang mengupas kulit buah jambu batu 


Al'Amin dalam proses menyediakan dadih berperisa oren


Murid-murid bersungguh-sungguh menyiapkan folio alatan pertukangan bagi mendapatkan markah tertinggi

 Cikgu Azizah selaku GPK kami turut membantu semasa memotong buah tembikai untuk jualan semasa rehat



Aktiviti jualan dijalankan sendiri oleh murid-murid semasa waktu rehat

Fazren melipat baju kemeja dengan cermat dan berhati-hati supaya kelihatan kemas dan rapi


Para pengadil sedang menilai cara lipatan dan kekemasan pakaian-pakaian yang telah dilipat untuk diberikan markah

Walaupun baru berumur 7 tahun, Wafiqah berusaha untuk menggulung kulit popia

Ahli kumpulan 'Kulit Kayu Manis' sedang tekun membasuh stokin masing-masing

Aiman khusyuk menjahit jelujur halus pada sarung pundi kacang

Murid-murid sedang membuat batas untuk kumpulan masing-masing

Setelah proses membuat batas, merumput dan menanam benih dilakukan, akhir sekali murid-murid dikehendaki menyiram batas masing-masing

Jutaan terima kasih diucapkan kepada  guru-guru, PPM-PPM  dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Sila klik di sini untuk lihat gambar part 1
Sila klik di sini untuk lihat gambar part 2