27 Ogos 2013

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PPKI 2013

TARIKH: 23 Ogos 2013 (Jumaat)
MASA: 9.00 pagi - 12.00 tengahari
TEMPAT: Bilik darjah PPKI SK Parit Penghulu

OBJEKTIF:  
  • Mewujudkan suasana hari raya di kelas PPKI
  • Meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri di sekolah bersama ibu bapa murid
  • Merapatkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan ibu bapa dan guru
  • Meraikan kedatangan Syawal dengan program marhaban (memuji dan berselawat ke atas Nabi Muhammad saw)

Berikut antara yang menarik sepanjang program dijalankan:


Encik Mohd Taha bin Jamaludin (kiri) dan Encik Abd. Kadir bin Abu Samah, GPK Hem SK Parit Penghulu menyampaikan ucapan di majlis sambutan tersebut


Ibu bapa murid-murid yang menghadirkan diri di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013


 Majlis penyampaian cenderhati kepada murid-murid yang berjaya menyempurnakan ibadah puasa 29 hari di bulan Ramadan 1434H

Muhd. Kamarudin bin Abu Bakar merupakan Tokoh Ihya' Ramadan PPKI SKPP 1434H




 Murid-murid mengalunkan selawat dan marhaban dengan bersemangat bersama guru-guru dan ibu bapa



Ibu bapa, guru-guru dan murid-murid sedang menjamu selera juadah-juadah yang telah disediakan



Jutaan terima kasih diucapkan kepada  guru-guru, PPM-PPM dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga, jutaan terima kasih buat ibu bapa dan guru-guru yang sudi hadir bagi memeriahkan majlis sambutan tersebut.

Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak gambar

23 Ogos 2013

Program Marhaban Hari Raya Aidilfitri PPKI SKPP 2013

TARIKH: 21 Ogos 2013 (Rabu)
MASA: 9.00 pagi - 12.30 tengahari
TEMPAT: Kg. Parit Perawas, Kg. Parit Gantong & Kg. Parit Penghulu

OBJEKTIF:  


  • Meraikan kehadiran Syawal, sebagai salah satu perayaan umat Islam
  • Mengangungkan kebesaran Allah dan Baginda Rasullah dengan selawat dan marhaban, memuji - muji Allah dan Rasul-Nya
  • Mengukukuhkan ikatan tali silaturrahim di kalangan ibu bapa dan guru-guru
  • Mencipta peluang untuk saling bermaaf - maafan sempena Lebaran di samping peluang untuk beramal dengan menjamu tetamu yang hadir di rumah - rumah yang dikunjungi

Berikut antara yang menarik sepanjang program dijalankan:







Murid-murid mengalunkan selawat dan marhaban dengan bersemangat bersama guru dan pembantu

Jutaan terima kasih diucapkan kepada  guru-guru, PPM-PPM dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga, jutaan terima kasih buat ibu bapa yang sudi menerima kunjungan marhaban daripada kelas PPKI (P) SK Parit Penghulu.

Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak gambar

20 Ogos 2013

Penilaian Hari Kualiti Pendidikan Khas Negeri Melaka 2013

Bermula pada 21 hingga 28 Ogos 2013, akan berlangsungnya pemantauan saringan pertama sempena Hari Kualiti Pendidikan Khas Negeri Melaka 2013. Objektif penganjuran Hari Kualiti ini adalah untuk memberi penghargaan kepada guru dan murid Pendidikan Khas atas pencapaian cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Semoga PPKI (P) SK Parit Penghulu dapat melepasi saringan pertama dalam kategori Pemgurusan & Pentadbiran, Pengurusan Bilik Darjah, Kokurikulum, Pengurusan 3K dan Projek Khas tersebut.