20 Ogos 2012

Program Ihya' Ramadan PPKI SKPP 1433H


TARIKH: 23 Julai hingga 14 Ogos 2012 
MASA: 8.00 pagi - 12.30 tengahari
TEMPAT: Bilik darjah PPKI SK Parit Penghulu

OBJEKTIF:  
  • Mengimarahkan bulan Ramadan dengan pelbagai aktiviti kerohanian
  • Menyuburkan budaya membaca al-Quran selaras dengan saranan Rasulullah SAW
  • Memberi pendedahan dan gambaran sebenar tentang fadilat dan kelebihan bulan Ramadan

Berikut antara yang menarik sepanjang program dijalankan:



Murid-murid melakukan amali solat Subuh untuk slot Bestari Solat




Setelah selesai menunaikan amali solat Subuh, murid-murid bertadarus surah-surah lazim dan diikuti dengan penerangan terjemahan serta intisari surah-surah tersebut yang disampaikan oleh Ustazah Khairani



Muhd. Hazim (atas) dan Nor Jazley dikehendaki menyalin semula ayat-ayat surah al-Fatihah


Nuraina Eliyana sedang tekun mewarna tugasan yang diberikan iaitu menyusun anggota wuduk dengan turutan tertib




Ainaa Khaliesyah (atas) dan Muhd. Kamarudin memperdengarkan surah-surah hafazan untuk dinilai oleh Ustazah Khairani



Cikgu Azizah binti Md. Junap (GPK Pend. Khas) menyampaikan duit raya yang merupakan hadiah untuk Program Ihya' Ramadan  PPKI SKPP 1433H kepada Muhd. Amrul Iman (kiri) dan Muhd. Al' Amin 



Jutaan terima kasih diucapkan kepada  guru-guru, PPM-PPM  dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.


Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak gambar