14 Julai 2012

Kejohanan Balapan dan Padang SKPP 2012


TARIKH: 9, 10 dan 12 Julai 2012 
TEMPAT: Padang SK Parit Penghulu
ACARA BALAPAN: 100 meter, 200 meter, 4 x 100 meter 
ACARA PADANG: Lompat jauh, Lompat tinggi, Lempar cakera dan Lontar peluru
SUKANEKA: Prasekolah, Tahun 1, PPKI, Ibu, Bapa, Guru dan Tarik tali  


OBJEKTIF:  
  • menyemai semangat kesukanan di kalangan murid-murid
  • membentuk sahsiah yang baik melalui bersukan
  • mengasah bakat yang sedia ada pada murid-murid
  • membentuk pasukan sekolah bagi menyertai pertandingan peringkat kawasan, daerah, negeri dan kebangsaan

Berikut antara yang menarik sepanjang hari kemuncak kejohanan dijalankan:



Muhd. Nur Faizzuddin (depan kiri) salah seorang pembawa bendera sekolah, SK Parit Penghulu semasa pembarisan lintas hormat kontinjen rumah sukan







Beberapa orang murid-murid PPKI SK Parit Penghulu turut terlibat dengan pembarisan lintas hormat untuk kontinjen rumah sukan masing-masing



Murid-murid PPKI SK Parit Penghulu juga mengambil bahagian dalam acara akhir 4x100 meter  



Acara sukaneka PPKI juga turut dipertandingkan di hari kemuncak kejohanan



Acara akhir tarik tali turut melibatkan murid-murid PPKI SK Parit Penghulu mewakili rumah sukan masing-masing 




Sesi penyampaian pingat dan hamper kepada para pemenang


Jutaan terima kasih diucapkan kepada  guru-guru, PPM-PPM  dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini.

Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak gambar



12 Julai 2012

Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia





TARIKH: 10 Julai 2012 (Selasa)
MASA: 8.00 pagi - 8.30 pagi
TEMPAT: Tapak Perhimpunan SK Parit Penghulu

OBJEKTIF:  
  • meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan
  • melibatkan penyertaan semua murid
  • mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas
  • mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul
  • meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat bekerjasama

Berikut antara yang menarik sepanjang program dijalankan:

Murid-murid dikehendaki melakukan regangan terlebih dahulu sebelum aktiviti senamrobik dijalankam

Cikgu Nur Yassikin dan 2 orang guru praktikum mengetuai senamrobik serentak di SK Parit Penghulu



Barisan pentadbir yang turut sama menjayakan Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia


Walaupun agak penat, kegembiraan terpacar di wajah murid-murid setelah 30 minit bersenamrobik




Pelbagai aksi guru-guru dapat dilihat sepanjang aktiviti senamrobik dijalankan

Bergambar selepas tamatnya Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia


Jutaan terima kasih diucapkan kepada  guru-guru, PPM-PPM  dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak gambar









10 Julai 2012

Majlis Penutup Program Jaguh Sekolah & PPKI 2012



TARIKH: 09 Julai 2012 (Isnin)
MASA: 8.00 pagi hingga 9.30 pagi
TEMPAT: Tapak Perhimpunan SK Parit Penghulu
PERASMI: Encik Nasir Bin Marob (Penolong Pengurus MBSB Wilayah Selatan)

OBJEKTIF:  
  • mewujudkan minat murid-murid terhadap matapelajaran Kemahiran Hidup, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik
  • mencungkil bakat yang ada pada murid-murid
  • memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang pelbagai kemahiran
  • memberi keseronokan belajar kepada murid-murid
  • meningkatkan keyakinan diri murid-murid

Berikut antara yang menarik sepanjang program dijalankan:



Ucapan daripada Guru Perpustakaan dan Media SK Parit Penghulu, Encik Azli bin Muda


 Ucapan daripada Guru Besar SK Parit Penghulu, Puan Hamimah binti Saari



Ucapan perasmian penutup daripada Encik Nasir bin Marob (Penolong Pengurus MBSB Wilayah Selatan)



Encik Nasir bin Marob merasmikan majlis penutup Jaguh Sekolah Musim Ke-5 dan Jaguh PPKI Musim Pertama 2012


Muhd. Noreman bin AhmadAfandi (Johan Jaguh PPKI KSSR Musim Pertama 2012) bergambar bersama Encik Nasir beserta kereta kawalan jauh dan wang tunai RM 50.00 miliknya



Khairul Iskandar bin Kamarudin (Johan Jaguh PPKI KBSR Musim Pertama 2012) bergambar bersama Encik Nasir dan abang beliau, Muhd. Azraazizi  beserta kereta kawalan jauh dan wang tunai RM 50.00 miliknya




Muhd. Al'Amin menerima hadiah cabutan bertuah (murid) daripada Encik Zulkifly bin Mansor (Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Sebatu)



Cikgu Hanizah menerima hadiah cabutan bertuah (guru) daripada Puan Hamimah binti Saari (Guru Besar SK Parit Penghulu)


Para pemenang Jaguh Sekolah Musim Ke 5 dan Jaguh PPKI Musim Pertama 2012 bersama Encik Nasir Bin Marob, Encik Zulkifly bin Mansor dan Puan Hamimah binti Saari 


Keputusan Penuh Jaguh PPKI Musim Pertama 2012

PPKI KSSR

Johan: Muhamad Noreman bin AhmadAfandi (KSSR Impian)
Naib Johan: Nuraina Eliyana binti Md. Zan (KSSR Harapan)
Ketiga: Muhammad Arief Zamani bin Roslee (KSSR Impian)
Keempat: Muhammad Aiman bin Hussin (KSSR Harapan)
Kelima: Salmon Nizam bin Mohd. Said (KSSR Harapan)


PPKI KBSR

Johan: Khairul Iskandar bin Kamarudin (Cemerlang)
Naib Johan: Muhd. Kamaruddin bin Abu Bakar (Gemilang)
Ketiga: Muhammad Azraazizi bin Abdullah (Gemilang)
Keempat: Nurul Farareena binti Ramle (Cemerlang)
Kelima: Muhammad Al'Amin bin Abu Zah (Cemerlang)



Jutaan terima kasih diucapkan kepada  guru-guru, PPM-PPM  dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak gambar






07 Julai 2012

Jaguh PPKI 2012 Musim Pertama (Minggu Sains dan Matematik)



TARIKH: 02 - 06 Julai 2012 (Isnin - Jumaat)
MASA: 8.00 pagi - 12.30 tengahari
TEMPAT: Kelas PPKI SK Parit Penghulu

OBJEKTIF:  
  • mewujudkan minat murid-murid terhadap matapelajaran Sains dan Matematik
  • mencungkil bakat yang ada pada murid-murid
  • memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang pelbagai kemahiran
  • memberi keseronokan belajar kepada murid-murid
  • meningkatkan keyakinan diri murid-murid

Berikut antara yang menarik sepanjang program dijalankan:


Muhd Al'Amin membaling bola getah untuk menjatuhkan tin-tin yang mempunyai markah dalam aktiviti "boling tin"


Ainaa Khaliesyah (kiri) dan Nurul Farareena khusyuk menyiapkan buku skrap perkhidmatan masyarakat setempat 


Muhd. Aiman tekun memadankan anggota badan dalam gambarajah manusia 


Murid-murid dalam kumpulan masing-masing menyiapkan tugasan Sains iaitu memadankan gambar haiwan-haiwan yang diberikan dengan habibat masing-masing



Muhd. Shafik (atas) dan Muhd. Azraazizi mencuba memancing ikan yang mempunyai markah untuk jawapan yang betul bagi soalan-soalan yang diberikan oleh guru


Muhd. Ikmal tekun menyiapkan rekaciptanya iaitu sebuah lori menggunakan bahan terpakai, kotak



Murid-murid bekerjasama dalam menyiapkan kalender hari lahir 2012 (atas) dan buku skrap matawang Malaysia


Jutaan terima kasih diucapkan kepada  guru-guru, PPM-PPM  dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.



Sila klik di sini untuk lihat gambar-gambar part 1
Sila klik di sini untuk lihat gambar-gambar part 2


04 Julai 2012

Sukantara SK Parit Penghulu 2012



TARIKH: 02 & 03 Julai 2012 (Isnin & Selasa)
MASA: 8.00 pagi - 10.00 pagi
TEMPAT: Padang SK Parit Penghulu
ACARA: 100 meter, 200 meter, lompat jauh, lompat tinggi, lempar cakera dan lontar peluru

OBJEKTIF:  
  • mengenal pasti potensi kesemua murid dalam acara balapan dan padang
  • mencungkil bakat-bakat baru bagi mewakili setiap rumah sukan pada Kejohanan Balapan dan Padang SK Parit Penghulu
  • mengumpul mata rumah sukan iaitu Laksamana, Bendahara, Syahbandar dan Temenggong
  • memberi peluang penglibatan kepada semua pelajar untuk terlibat dalam acara sukan dan menyahut slogan KPM ‘1M1S’


Berikut antara yang menarik sepanjang program dijalankan:



Murid-murid dikehendaki melakukan regangan sebelum aktiviti sukantara dijalankan





Murid-murid PPKI SK Parit Penghulu mengambil bahagian dalam acara 100 meter



Muhd. Fazren (atas) dan Salahuddin mengenal pasti potensi dalam acara lompat jauh




Muhd. Kamarudin (atas) & Nurul Farareena mengambil bahagian dalam acara lontar peluru


Muhd. Nur Faizzuddin  mengenal pasti potensi dalam acara lompat tinggi


Muhd. Al' Amin mencuba bakat dalam acara lempar cakera


Jutaan terima kasih diucapkan kepada  guru-guru, PPM-PPM  dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.


Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak gambar