25 Jun 2012

Minggu Keceriaan PPKI SKPP 2012


TARIKH: 18 hingga 22 Jun 2012 (Isnin - Jumaat)
MASA: 8.00 pagi - 12.30 tengahari
TEMPAT: Halaman depan PPKI SK Parit Penghulu

OBJEKTIF:  
  • menyusun atur, menceriakan dan mencantikkan lagi kawasan persekitaran PPKI SK Parit Penghulu
  • memupuk semangat kerjasama antara para murid dan warga PPKI SK Parit Penghulu dalam satu pasukan
  • memupuk nilai mencintai alam sekitar dan kasih sayang terhadap bumi


Berikut antara yang menarik sepanjang program dijalankan:



Farareena (atas) dan Khaliesyah sedang mengecat batu bata yang terdapat di taman herba PPKI





Murid-murid berhati-hati mengecat lukisan bunga yang telah dilukis pada pasu bunga bagi mencantikkan pasu-pasu bunga tersebut


Cikgu Nubaili melukis gambar bunga-bungaan di atas tar bagi menceriakan lagi tar tersebut






Guru-guru, PPM-PPM dan murid-murid bekerjasama semasa mewarna outline bunga-bungaan, dam ular, teng-teng dan congkak



Jutaan terima kasih diucapkan kepada  guru-guru, PPM-PPM  dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.


Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak gambar




20 Jun 2012

Program Terapi Air dan Terapi Muzik PPKI SKPP 2012


TARIKH: 19 Jun 2012 (Selasa)
MASA: 9.00 pagi - 4.30 petang
TEMPAT: Kolam Renang MBMB & Pawagam Lotus Five Star 

OBJEKTIF:  

  • meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor kasar dan halus para murid berkeperluan khas
  • meransang para murid untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran dalam aktiviti terapi yang dijalankan
  • meningkatkan kemahiran berkomunikasi para murid dengan masyarakat
  • melahirkan sikap beranu dan yakin kepada diri sendiri untuk berusaha


Berikut antara yang menarik sepanjang program dijalankan:


Murid-murid yang berumur 10 tahun ke bawah melakukan terapi air di kolam kanak-kanak bagi memastikan keselamatan mereka ketika aktiviti terapi dijalankan



 Murid-murid melakukan terapi air seperti yang telah diajar oleh Cikgu Nubaili dan Cikgu Izhar Raihan


Cikgu Izhar Raihan membantu dan membimbing Kamaruddin untuk apung diri dalam air


Bergambar bersama-sama berlatarbelakangkan papan tanda Kompleks Renang MBMB




Murid-murid menyerahkan tiket wayang kepada pekerja LFS  untuk diperiksa sebelum masuk ke pawagam 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada  guru-guru, PPM-PPM  dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak gambar

14 Jun 2012

Program Jejak Kemahiran Kendiri 2012


TARIKH: 13 Jun 2012 (Rabu)
MASA: 8.00 pagi - 1.00 petang
TEMPAT: Bilik Masakan PPKI SK Parit Penghulu
FASILITATOR: 
Puan Illiyah binti Ayub
Puan Noraisyah binti Mohamad
Cik Siti Nurazrin binti Sheikh Ismail
Puan Hazilah binti Mohamad

OBJEKTIF:  
  • murid diberi pendedahan asas dalam bidang pembuatan kek
  • membuka minda murid-murid terhadap peluang-peluang keusahawanan yang boleh diceburi
  • mengajar murid-murid agar lebih berani berdikari dan berkeyakinan dalam setiap aktiviti yang dijalankan
  • murid bekerjasama dalan kumpulan untuk menyediakan produk akhir masing-masing


Berikut antara yang menarik sepanjang program dijalankan:


Puan Illyah binti Ayub memberi taklimat berkaitan program yang akan dijalankan


Puan Illyah menerangkan bahan-bahan yang diperlukan dalam pembuatan " banana double chocolate muffin" sambil diperhatikan oleh pembantu-pembantu beliau

Murid-murid khusyuk mendengar penerangan daripada Puan Illyah tentang cara-cara membuat muffin

Murid-murid sedang meleyek buah pisang hingga hancur


Murid-murid sangat teruja memasukkan aduan yang telah siap ke dalam cawan muffin dengan bantuan Puan Illyah

Murid-murid begitu tekun memerhati cara-cara pembuatan apam dot-dot  


Nor Jazley (atas) dan Muhd Azeri berusaha untuk menghasilkan apam dot-dot mereka mengikut citarasa masing-masing


Antara muffin dan apam dot-dot yang telah siap dibungkus untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing

Penyampaian cenderhati kepada Puan Illyah sebagai tanda penghargaan di atas kesudian beliau dan rakan-rakan menjayakan program ini


Jutaan terima kasih diucapkan kepada  fasilitator jemputan, guru-guru, PPM-PPM  dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.


Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak gambar