26 Oktober 2010

Gotong-royong Sosial

Kediaman murid PPKI SKPP iaitu Muhammed Hazim bin Maidin yang terletak di Kg. Telok Rimba telah dipilih untuk Program Gotong royong Sosial PPKI SKPP pada tahun ini. Gotong-royong sosial ini telah dijalankan pada 19 Oktober 2010 (Selasa) yang lalu. Program ini merupakan satu strategi proaktif bagi mendedahkan murid-murid istimewa ke arah kesediaan belajar bersosialisasi sambil berekreasi. Ia juga merupakan usaha memberikan pengalaman yang berguna kepada murid-murid. Objektif program gotong-royong sosial ini adalah untuk mendidik murid-murid menjaga kebersihan dan keselamatan persekitaran rumah, memperkembangkan kemahiran berkomunikasi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat dan mengamalkan tingkahlaku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna.

Al' Amin sedang menggembur tanah di dalam pasu bunga

Shahrudin sedang mencantas dahan-dahan pokok.

Kamarudin sedang menyiram pokok-pokok bunga yang terdapat di kediaman Hazim
Khairul dan Helmi sedang menajak rumput-rumput yang terdapat di sekeliling kediaman Hazim
Al'Amin dan Azeri membantu guru-guru mengangkat dahan-dahan yang telah dicantas untuk dibuang ke tempat pembuangan sampah
Iskandar dan Iman sedang menyapu kelopak-kelopak bunga yang berguguran di tanah

Bergambar kenang-kenangan bersama nenek dan bapa Hazim selepas rotong royong sosial selesai
Pn. Azizah menyampaikan sedikit sumbangan kepada nenek Hazim sebelum kami berangkat pulang.

24 Oktober 2010

Program Berwatak PPKI SKPP: Pasukan Tarian


Pasukan tarian PPKI SKPP semasa bertanding di Pertandingan Kesenian dan Kebudayaan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka 2009 di SMK Padang Temu.


 

 Latihan tarian kebudayaan ini diadakan untuk Pertandingan Kebudayaan dan Tarian Pendidikan Khas Zon Merlimau 2009 di SK Merlimau. Pasukan tarian PPKI SK Parit Penghulu mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut peringkat sekolah rendah.

15 Oktober 2010

Perkhemahan Unit Beruniform SKPP

Pada 14 Oktober 2010 bersamaan hari Khamis, seramai 20 orang murid Pengakap Istimewa PPKI SKPP sekawan Kelabu dan sekawan Perang telah diberi peluang untuk menyertai Perkhemahan Unit Beruniform SKPP bersama-sama 100 orang murid badan beruniform Pengakap Kanak-Kanak, Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Puteri Islam Malaysia aliran perdana SKPP. Perkhemahan ini telah diadakan di Kem Modal Insan, Kg. Parit Penghulu selama 2 hari 1 malam. Matlamat perkhemahan ini diadakan adalah untuk memupuk displin, nilai murni dan sikap positif dalam jiwa murid-murid, menanamkan sifat kepimpinan, mematuhi arahan dan peraturan serta mengukuhkan pengalaman yang tidak diperolehi dia dalam bilik darjah. Tema perkhemahan pada tahun ini adalah berdisplin. Sekawan Perang diketuai oleh adik  Siti Hajar Amerodin manakala sekawan Kelabu diketuai oleh adik Muhammad Khairul Abdullah. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah permainan pancaindera (merasa, menghidu, memukul kepala jin, dan king cobra) menganyam ketupat, memancing, ekspidisi dan malam perkhemahan. Pada malam perkhemahan, sekawan Kelabu mempersembahkan lagu Sayang Kinabalu manakala sekawan Perang mempersembahkan lagu Si Baju Hijau. Pada majlis penutupan Perkhemahan Unit Beruniform SKPP, sekawan Perang telah dinobatkan sebagai Johan Kerjasama manakala sekawan Kelabu telah dinobatkan sebagai Johan Displin  sepanjang perkhemahan berlangsung. Tahniah kepada Pengakap Istimewa PPKI SKPP yang terbabit dalam perkhemahan dan berjaya dengan jayanya mengikuti perkhemahan tersebut.

Pengakap Kanak-kanak Istimewa sedang mendengar taklimat daripada Ketua Perkhemahan iaitu Cikgu Kamaruddin Jantan



Ahli pengakap lelaki sedang berusaha mendirikan khemah mereka secara berkumpulan.

Ahli pengakap sedang menghidu bau pada mangkuk yang tertutup dalam permainan pancaindera menghidu.

Ahli pengakap dikehendaki memukul tin yang digantung pada pokok dengan mata yang ditutup dan hanya mendengar arahan daripada pasangan dalam permainan pancaindera pukul kepala jin.



Ahli pengakap sedang merasa cecair yang berada dalam piring yang disediakan dalam permainan pancaindera merasa


Ahli pengakap berusaha untuk menganyam ketupat dalam pertandingan menganyam ketupat.


Ahli pengakap sabar menunggu umpan mereka dimakan oleh ikan yang terdapat di dalam kolam dalam pertandingan memancing.

Persembahan daripada sekawan Kelabu (atas) dan Perang (bawah) pada malam perkhemahan.


Ahli pengakap lelaki sedang membuka khemah mereka dan membersihkan tapak perkhemahan.

Ketua sekawan Perang (atas) dan Kelabu (bawah) menerima hadiah bagi kategori yang dimenangi mereka.

12 Oktober 2010

Lawatan ke Perpustakaan Desa, Makam Tun Teja dan Rumah Tradisional Penghulu Natar

Murid-murid PPKI SKPP telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Desa Pengkalan Samak, Makam Tun Teja dan Rumah Tradisional Penghulu Natar pada 12 Oktober 2010 (Selasa). Objektif  lawatan ini adalah untuk menjalankan aktiviti dalam komuniti dengan melibatkan penggunaan perpustakaan desa, menggalak dan mengukuhkan hubungan murid-murid berkeperluan khas untuk berinteraksi dan bersosial dengan individu luar dan persekitaran mereka, mendedahkan murid-murid cara berhubungan dengan masyarakat serta adab-adab semasa makan di khalayak serta memberi peluang kepada murid-murid berkeperluan khas menziarahi Makam Tun Teja dan melawat Rumah Tradisional Penghulu Natar. Aktiviti yang dijalankan di perpustakaan desa adalah menyalin semula cerita berpandukan buku-buku cerita yang telah disediakan oleh pihak perpustakaan desa. Buku-buku cerita yang diberikan kepada murid-murid untuk disalinkan adalah berdasarkan kepada keupayaan mereka menulis dengan baik dan kemas. Warga PPKI SKPP mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program lawatan ini.

Zubair (atas) dan Iskandar (bawah) sedang khusyuk menyalin cerita berpandukan buku cerita yang diberikan



Cikgu Sapiah menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawai perpustakaan desa di atas kesudian mereka menerima kunjungan kami

Pegawai perpustakaan desa menyampaikan cenderhati kepada murid-murid.

Bergambar kenangan bersama pegawai perpustakaan desa Pengkalan Samak

Bergambar kenangan di pintu gerbang masuk Makam Tun Teja


Khairun (atas) dan Al'Amin bersedia untuk menjamu selera. Menu hari ini nasi ayam dan air fresh orange.

Bergambar kenangan di tangga Rumah Tradisional Penghulu Natar

06 Oktober 2010

Pemantauan Penilai Hari Kualiti Pendidikan Khas Daerah Jasin

Pada 5 Oktober 2010 bersamaan hari Rabu yang lalu, PPKI SK Parit Penghulu telah didatangi oleh dua orang Panel Penilai yang dilantik oleh Unit Pendidikan Khas Negeri Melaka untuk memantau  program kami dalam bidang pengurusan dan pentadbiran. Panel Penilai yang dilantik ialah Pn Hjh. Zainon Sawi, GPK Pendidikan Khas SK Merlimau dan Pn Norlela Munib, GPK Pendidikan Khas SMK Sungai Rambai. Sebanyak 19 kriteria yang dinilai semasa pemantauan dijalankan diantaranya ialah carta organisasi, jawatankuasa kelas Pendidikan Khas, mesyuarat jawatankuasa program, rujukan asas program, buku perancangan tahunan/strategi, jadual waktu/jadual tugas, data maklumat/biadota, rekod kehadiran murid, rekod kemasukan murid, sistem fail, nama-nama fail utama, pengurusan kewangan, buku stok, buku catatan pelawat, buku laporan/ catatan displin, badan kebajikan ibu bapa, pengurusan sumber wang kecil, pengurusan PPSMI dan pelbagai. Penyelaras  program kami Pn. Azizah Md. Junap juga telah dilantik sebagai Panel Penilai dan beliau ditugaskan pemantauan di SMK Seri Mahkota, SK Batu Gajah, SK Merlimau, SK Serkam Darat dan SK Datuk Haji Baginda. Program kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung sebelum,semasa dan selepas pemantaun ini dijalankan.

Carta organisasi, maklumat guru dan PPM, Falsafah, Objektif, Visi dan Misi Pendidikan Khas
Falsafah Pendidikan Negara, Visi dan Misi PPKI SKPP
Motto PPKI SKPP
Maklumat murid-murid
Kabinet bagi menyimpan fail-fail, buku-buku panduan, bahan rujukan guru

Multimedia Marhaban Ya Marhaban